Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Kadet Bomba

Penyelamat

LATAR BELAKANG

Posted by kadetbomba on January 14, 2009

Secara amnya, Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan ini terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan ‘Malayan Union Services’ (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai ‘Director of Malayan Union Fire Services’ telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan di peringkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah kami pula mula bergerak secara aktif pada 2006. Selepas itu, barisan AJK dengan bantuan guru-guru penasihat berusaha untuk membangunkan dan memperkembangkan persatuan ini. Setakat ini, Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat telah mempunyai 40 orang ahli.