CEO Kenanga Investment Bank Merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2009
Sekolah Menengah Laki-Laki Methodist telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2009 pada 25 April bagi memberi
pengiktirafan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah dan cemerlang dalam bidang akademik serta ko-kurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh seorang bekas pelajar, En Lee Kok Khee yang kini menyandang jawatan CEO Kenanga Investment Bank. Dalam ucapan beliau, En Lee telah menggesa pelajar terus menunjukkan kegigihan dan kesungguhan dalam bidang yang diceburi selaras dengan ethos dan budaya MBSSKL. Semasa bersekolah di MBSSKL, En Lee pernah menyandang jawatan Penolong Ketua Pengawas dan merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan berjaya. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Cik Hajah Nik Ramas, Ketua Sektor Akademik JPWPKL sebagai wakil Pengarah.

Malaysia (703,102)
Unknown Country (77,192)
United States (38,401)
Indonesia (11,780)
United Kingdom (3,197)
China (2,897)
Singapore (2,358)
Canada (2,220)
Taiwan (2,196)
Japan (1,605)




