NOTIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019

Posted on Mar 4th 2020 at 10:08am under Announcements by sharipah

Perhatian kepada pelajar SPM 2019,

Keputusan SPM 2019 akan diumumkan pada 5 Mac 2020 (Khamis). Pelajar-pelajar perlu hadir dan berkumpul di Dewan Sekolah bermula pada pukul 9.50 pagi dengan berpakaian dan berambut kemas. Pastikan pelajar menjelaskan bayaran PIBG, majalah, Profil kelas, Iklan dan Denda Nilam serta memulangkan buku teks sebelum mengambil keputusan.

Setelah semua urusan selesai, baharulah slip keputusan SPM akan diedarkan. Majulah MBS!