SEMAKAN PKP TINGKATAN 5 dan 6

Posted on Jun 23rd 2020 at 5:10pm under Announcements by sharipah

PKP TINGKATAN 5

PKP TINGKATAN 6

SOP KEMBALI KE SEKOLAH

Posted on Jun 23rd 2020 at 4:59pm under Announcements by sharipah

SOP SEMASA PERSEKOLAHAN

PERINGATAN KEKEMASAN DIRI DAN DISIPLIN PELAJAR

Posted on Jun 23rd 2020 at 10:10am under Announcements by sharipah

Pengumuman penting : Unit Disiplin MBSSKL
1. Semua pelajar MBSSKL dikehendaki untuk mematuhi peraturan sekolah dari segi kekemasan dan penampilan diri apabila sesi persekolahan bermula pada 24.06.2020 (Rabu).
2. Rambut untuk pelajar haruslah kemas dan sudah digunting mengikut peraturan sekolah. Paras rambut tidak boleh melebihi GARISAN TENGAH DAHI dan TIDAK BOLEH MENUTUP TELINGA di sebelah.
3. Potongan rambut yang bergaya seperti ‘double layer’ atau rambut berwarna TIDAK akan dibenarkan sama sekali.
4. Pihak sekolah faham ada segelintir ibu-bapa yang masih khuatir untuk memotong rambut di kedai gunting atas risiko terkena jangkitan. Pihak sekolah sangat berharap agar ibu-bapa mengambil inisiatif dengan menggunting sendiri rambut anak mereka menggunakan ‘hair cutter’ atau ‘trimmer’.
5. Misai dan janggut TIDAK dibenarkan sama sekali. Ibu-bapa harus memastikan misai dan janggut sudah dicukur sepenuhnya (clean shave) apabila kembali ke sekolah pada 24.06.2020 nanti.
6. Bagi pelajar yang TIDAK mematuhi peraturan kekemasan ini, tindakan disiplin akan diambil seperti biasa mengikut peraturan sekolah.. Sekian dan Selamat Kembali Ke Sekolah.