Hari Keluarga MBSSKL 2010
Pengenalan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Menengah Laki-Laki Methodist, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur telah bercadang untuk mengadakan sambutan Pesta Keluarga 2010 peringkat sekolah. Program ini merupakan salah satu agenda penting untuk menambah dana dan menyempurnakan lagi keadaan prasarana sekolah bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Sambutan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan baik diantara ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekitar.
Objektif utama pesta keluarga ini adalah untuk :
- Menambah dana PIBG.
- Membiayai aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum murid-murid.
- Membiayai bayaran tambahan (yuran) untuk murid-murid yang tidak berkemampuan.
- Menaiktaraf prasarana sekolah.
- Mendedahkan kepada murid selok-belok perniagaan
Maklumat Pesta Hari Keluarga 2010
Penganjur: PIBG dan warga MBSSKL
Tarikh : 24 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 a.m hingga 3.00 p.m
Tempat : Perkarangan kawasan MBSSKL
Sasaran Kutipan : RM100,000.00
Lokasi
Hubungi Kami
03-20782293