Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Objective/Constitution

Posted by christianfellowship on July 25, 2011

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSAUDARAAN KRISTIAN

SEKOLAH  MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST, KUALA LUMPUR

  1. 1. NAMA

MBSSKL Christian Fellowship atau Persatuan Persaudaraan Kristian Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Methodist Kuala Lumpur.

  1. 2. OBJEKTIF

Objektif-objektif persatuan ini adalah seperti yang berikut:

i)                 membantu pelajar-pelajar yang beragama Kristian memperkukuh nilai-nilai murni dan moral

etika serta kepercayaan kepada Tuhan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan

Rukun Negara.

ii) menjalankan aktiviti-aktiviti untuk pelajar-pelajar yang beragama Kristian untuk

a)      membolehkan mereka berinteraksi dan membincangkan masalah-masalah  remaja serta

pengalaman hidup sebagai penganut Kristian.

b)      membantu perkembangan pengetahuan dan kefahaman agama serta sikap dan tingkah laku yang

sihat supaya pelajar akan menjadi warganegara Malaysia yang berteladan baik kelak.

iii)                                        membanteras gejala buruk, seperti merokok, meminum minuman keras dan menyalahgunakan

dadah melalui pendidikan agama.

iv)                                        menggalakkan pembacaan bahan yang berguna agar pengaruh bacaan lucah seperti pornografi dan

filem lucah dikurangkan.

v)                                          memupuk sikap mengambil berat terhadap masalah sosial agar pelajar akan menjadi anggota

masyarakat yang penyayang.

3.  AKTIVITI-AKTIVITI

i) Perjumpaan mingguan pada setiap hari Jumaat sesi persekolahan.

ii) Mengadakan majlis jamuan, ceramah, sesi perbincangan atau forum, sketsa dan permainan.

iii) Mengadakan kerja-kerja amal untuk pihak yang kurang bernasib baik, perkelahan,   perkhemahan

dan lawatan sambil belajar yang sesuai (tertakluk kepada garis panduan dan kelulusan pengetua).

Aktiviti-aktiviti persatuan dibuka kepada semua pelajar Kristian. Pelajar-pelajar bukan Islam yang lain

juga dibenarkan untuk menghadiri sebahagian daripada aktiviti yang diminati dan sesuai untuk mereka.

4.  KEAHLIAN

i) Keahlian dibuka kepada semua pelajar Kristian.

ii) Keahlian tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Urusan.

5.  PENGURUSAN

i)  Jawatankuasa Urusan terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan lima

orang ahli jawatankuasa.

ii)               Walau bagaimanapun, sekiranya persatuan ini menganggap adanya keperluan, ahli-ahli lain boleh

dilantik bagi fungsi tertentu demi mencapai objektif persatuan ini.

iii)  Wakil-wakil tingkatan boleh juga dilantik.

iii)                Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah keahlian jawatankuasa diperlukan untuk

mencukupkan kuorum bagi mesyuarat jawatankuasa.

6. TUGAS-TUGAS

i) Pengerusi

a) Pengerusi mempengerusikan semua mesyuarat dan mesyuarat agung  tahunan

b) Pengerusi berhak untuk memberikan undi pemutus dalam mesyuarat yang dipengerusikan.

ii)  Naib Pengerusi

a)                         Membantu Pengerusi dalam semua bidang tugas.

b) Mengambil alih tugas Pengerusi jika Pengerusi tiada.

iii)   Setiausaha

a)                          Menyimpan semua fail persatuan kecuali rekod-rekod kewangan dan menguruskan semua surat-

menyurat rasmi.

b)   Menguruskan surat panggilan semua mesyuarat.

c)   Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat.

d)   Menyimpan semua minit mesyuarat.

e)   mengumpulkan kad kokurikulum dan mencatat kehadiran pelajar

f)   Menyediakan laporan tahunan dan membentangkannya dalam mesyuarat agung tahunan.

iv)  Bendahari

a)          Mengutip dan menyimpan semua kutipan wang serta  membayar perbelanjaan bagi pihak persatuan.

Jika wang kutipan melebihi RM 100, wang itu hendaklah diserahkan untuk disimpan oleh guru

penasihat.

b)   Menyimpan semua akaun persatuan dan bertanggungjawab atas akaun simpanan itu.

c)    Bertanggungjawab untuk membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan mesyurat

agung tahunan.

v)   AJK

Kesemua AJK akan memberikan pertolongan untuk mencapai objektif persatuan ini.

7.  PENASIHAT

Persatuan ini mesti ada sekurang-kurangnya seorang guru penasihat

i) yang dilantik oleh pengetua.

ii) yang beragama Kristian atau seorang yang sanggup membantu anggota persatuan menjalankan

aktiviti-aktivitinya.

8.  KEWANGAN

Aktiviti-aktiviti dan kegiatan akan dibiayai dengan derma sukarela daripada anggota.

9.  MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

i)  Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ini akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Urusan dengan

persetujuan guru penasihat.

iv)                Ahli-ahli jawatankuasa dipilih dengan cara mengundi atai dilantik oleh Jawatankuasa terdahulu dan

guru penasihat.

10. PINDAAN DAN PERLEMBAGAAN

Pindaan tidak boleh dibuat terhadap perlembagaan ini kecuali dengan sokongan 2/3 jumlah anggota

dengan persetujuan guru penasihat dan pengetua sekolah.

Penasihat:                                                                                            Pengetua:

……………………………………….                                                  ……………………………………