Tanggal 13 Mei merupakan tarikh keramat bagi guru-guru di Malaysia kerana hari tersebut telah dikhaskan untuk meraikan guru-guru.

Tema Hari Guru pada tahun 2009 adalah Guru Pembina Negara Bangsa selaras dengan dasar kerajaan bagi melahirkan generasi yang benar-benar tulen dari segi jati diri sebagai rakyat Malaysia serta  berdaya saing diperingkat antarabangsa.

Maka dengan ini, kami warga guru-guru amat mengharapkan kerjasama dari semua pelajar bagi menyahut seruan kerajaan dalam mencapai misi Nasional tersebut.

Selaras dengan sambutan ini, MBSSKL akan mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tanggal 29 Mei 2009. Moga jasa guru dikenang sepanjang zaman.

Serangkap pantun dari penulis

“Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama”

Salam Hari Guru buat semua Warga Guru MBSSKL