TEMA HARI GURU 2009 “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSABersedia melangkah megah
|
LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSABersedia melangkah megah
|
Seminar Kecemerlangan BM telah diadakan pada 18 April 2009 di Dewan Kuliah.
Penceramah yang dijemput ialah En. Ghalib Yunus, seorang penceramah yang diibaratkan seperti pisang goreng panas.
Terima kasih kami ucapkan kepada En. Ghalib yang telah memberikan petua dan panduan yang berguna khususnya dalam bahagian penulisan kepada murid Tingkatan 5 dan guru-guru BM MBSSKL.
Harap-harap, calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini akan terus cemerlang.
Kamus Elektronik hangat dipromosikan pada masa ini.
Antara kamus elektronik yang menjadi pilihan ialah Kamus Eleksis dan Kamus Besta.
Apakah kebaikan kamus jenis ini?
1. Kamus ini lebih ringan daripada kamus jenis buku dan saiznya yang kompak mudah dibawa ke mana-mana serta dimasukkan ke dalam beg.
2. Anda dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah dan cepat.
3. Terdapat banyak pilihan kamus (ekabahasa, dwibahasa, tribahasa).
4. Ada progam tambahan seperti kalkulator saintifik.
5. Hanya menggunakan bateri. (kalau terputus bekalan elektrik, anda masih boleh menggunakannya)
Keburukan:
1. Harganya, agak mahal. (sebenarnya masih berbaloi berbanding jika kita membeli semua kamus yang diprogamkan ke dalam kamus elektronik ini.)
2. Kena jaga dengan berhati-hati. Kamus ini mudah rosak jika jatuh seperti telefon bimbit. Anda kena jaga seperti nyawa anda sendiri, kalau tak, nanti menyesal. Memanglah ada jaminan, tetapi tidak semua kerosakan ditanggung pembekal.
3. Tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak semasa memilih kamus elektronik ini. Kalau sudah beli, jangan simpan pula. Gunalah dengan berhemat.
Kepada ulat buku, Pesta Buku Antarabangsa ini pasti anda nanti-nantikan. Sila Klik Pesta Buku Antarabangsa @ belek-beleklah di bahagian Laman Web Pilihan untuk maklumat lanjut.
Informasi ringkas:
Tarikh: 17 – 26 April 2009
Isnin – Khamis : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi to 9.00 malam
Tempat: Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Rebutlah peluang ini kerana membaca jambatan ilmu.
Kepada ibu bapa, jangan lupa ambil resit. Bolehlah anda kurangkan cukai pendapatan anda.
Daripada melepak di pusat beli-belah, lebih baik lepak di pesta buku. Ada juga faedahnya. Jika tidak membeli buku, ada juga tempiasnya ilmu itu.