Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Entries Comments




Date: April 7th, 2009

Kamus Elektronik-Alat Hebat untuk Pencinta Ilmu

7 April, 2009 (20:44) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Kamus Elektronik hangat dipromosikan pada masa ini.

Antara kamus elektronik yang menjadi pilihan ialah Kamus Eleksis dan Kamus Besta.

Apakah kebaikan kamus jenis ini?

1. Kamus ini lebih ringan daripada kamus jenis buku dan saiznya yang kompak mudah dibawa ke mana-mana serta dimasukkan ke dalam beg.

2. Anda dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah dan cepat.

3. Terdapat banyak pilihan kamus (ekabahasa, dwibahasa, tribahasa).

4. Ada progam tambahan seperti kalkulator saintifik.

5. Hanya menggunakan bateri. (kalau terputus bekalan elektrik, anda masih boleh menggunakannya)

Keburukan:

1. Harganya, agak mahal. (sebenarnya masih berbaloi berbanding jika kita membeli semua kamus yang diprogamkan ke dalam kamus elektronik ini.)

2. Kena jaga dengan berhati-hati. Kamus ini mudah rosak jika jatuh seperti telefon bimbit. Anda kena jaga seperti nyawa anda sendiri, kalau tak, nanti menyesal. Memanglah ada jaminan, tetapi tidak semua kerosakan ditanggung pembekal.

3. Tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak semasa memilih kamus elektronik ini. Kalau sudah beli, jangan simpan pula. Gunalah dengan berhemat.

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009 KEMBALI LAGI!!!!!

7 April, 2009 (20:09) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Kepada ulat buku, Pesta Buku Antarabangsa ini pasti anda nanti-nantikan. Sila Klik Pesta Buku Antarabangsa @ belek-beleklah di bahagian Laman Web Pilihan untuk maklumat lanjut.

Informasi ringkas:

Tarikh: 17 – 26 April 2009
Isnin – Khamis : 10.00 pagi hingga  7.00 malam
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi to 9.00 malam
Tempat: Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Rebutlah peluang ini kerana membaca jambatan ilmu.

Kepada ibu bapa, jangan lupa ambil resit. Bolehlah anda kurangkan cukai pendapatan anda.

Daripada melepak di pusat beli-belah, lebih baik lepak di pesta buku. Ada juga faedahnya. Jika tidak membeli buku, ada juga tempiasnya ilmu itu.