Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Entries Comments




Kamus Elektronik-Alat Hebat untuk Pencinta Ilmu

7 April, 2009 (20:44) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Kamus Elektronik hangat dipromosikan pada masa ini.

Antara kamus elektronik yang menjadi pilihan ialah Kamus Eleksis dan Kamus Besta.

Apakah kebaikan kamus jenis ini?

1. Kamus ini lebih ringan daripada kamus jenis buku dan saiznya yang kompak mudah dibawa ke mana-mana serta dimasukkan ke dalam beg.

2. Anda dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah dan cepat.

3. Terdapat banyak pilihan kamus (ekabahasa, dwibahasa, tribahasa).

4. Ada progam tambahan seperti kalkulator saintifik.

5. Hanya menggunakan bateri. (kalau terputus bekalan elektrik, anda masih boleh menggunakannya)

Keburukan:

1. Harganya, agak mahal. (sebenarnya masih berbaloi berbanding jika kita membeli semua kamus yang diprogamkan ke dalam kamus elektronik ini.)

2. Kena jaga dengan berhati-hati. Kamus ini mudah rosak jika jatuh seperti telefon bimbit. Anda kena jaga seperti nyawa anda sendiri, kalau tak, nanti menyesal. Memanglah ada jaminan, tetapi tidak semua kerosakan ditanggung pembekal.

3. Tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak semasa memilih kamus elektronik ini. Kalau sudah beli, jangan simpan pula. Gunalah dengan berhemat.