Mari kita belajar bersilat!
Untuk menghayati drama ini sila klik Sinopsis Babak demi Babak.
Silat di Wikipedia
Seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri?
Kebaikan seni pertahanan diri :
- Satu asas persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka atau keluarga.
- Meningkatkan kepekaan dan lebih berwaspada pada persekitaran di sekeliling mereka.
- Mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal mahupun mental.
- Meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan keselamatan diri kerana mereka mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana.
- Membantu mendisiplinkan diri pelatih.
- Satu senaman yang menyihatkan badan.
- Memanfaatkan masa dengan lebih baik.
- Elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh mahaguru mahupun sifu yang mengajar.
Dipetik dan diubahsuaikan : http://majinmuu07.blogspot.com/2008/07/seni-mempertahankan-diri-satu-keperluan.html