Archive for the ‘BERITA/UMUM’ CategorySinopsis ini ditulis dengan agak panjang. Akan dipendekkan lain kali. Mari kita belajar bersilat! Untuk menghayati drama ini sila klik Sinopsis Babak demi Babak. Seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri?Kebaikan seni pertahanan diri :
Dipetik dan diubahsuaikan : http://majinmuu07.blogspot.com/2008/07/seni-mempertahankan-diri-satu-keperluan.html
Untuk mengetahui kisah ibu dan Sungai Ceper sila klik Ibu dan Ceper Baca cerpen Ibu dan Ceper melalui e-buku@Ibu dan Ceper Klik… Klik…. Latihan Ibu dan Ceper tetapi anda memerlukan perisian Crossword Forge. Klik…Klik…Nilai_Pengajaran_Watak _Perwatakan
Sebelum anda mengembara bersama-sama Awang Sulung Merah Muda, eloklah anda berkenalan dengannya terlebih dahulu. Biodata : Nama: Awang Sulung Merah Muda (dikatakan ketika lahir, warna badannya merah muda) Ayahanda: Si Helang Laut (Raja/Pemerintah Bandar Mengkalih Bonda: Si Helang Bakau (Puteri Si Helang Mawai) Nenda: Si Helang Mawai (Raja di Negeri Pati Talak Terengganu) Bonda Saudara: Uli Emak Si Anjing Ayahanda Saudara: Datuk Batin Alam (Salah seorang batin di Bandar Mengkalih) Sepupu: Puteri Dayang Nuramah Ringkasan perjalanan hidup Awang Sulung Merah Muda Bondanya berkahwin dengan seorang raja yang tidak bernegeri, iaitu Si Helang Laut. Mereka telah belayar bersama-sama Uli Emak Si Anjing ke sebuah negeri yang bernama Bandar Mengkalih. Negeri ini tidak mempunyai raja dan diperintah oleh batin. Si Helang Laut telah diangkat menjadi raja di negeri itu. Awang Sulung Merah Muda dilahirkan. Tidak lama kemudian, ayahanda dan bonda Awang Sulung Merah Muda mangkat. Kini, Awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh Uli Emak Si Anjing dan Datuk Batin Alam bersama-sama puteri mereka, Puteri Dayang Nuramah. Awang Sulung Merah Muda diberikan pendidikan yang sempurna oleh Datuk Batin Alam seperti ilmu agama, ilmu silat dan ilmu kebal. Datuk Batin Alam juga telah mengupah orang untuk mengasah gigi (membetulkan dan mencantikkan gigi yang tidak rata) Awang Sulung Merah Muda. Awang Sulung Merah Muda telah menimbulkan kemarahan Datuk Batin Alam apabila beliau enggan mewarisi dan memerintah Bandar Mengkalih. Datuk Batin Alam meminta Awang supaya membayar upah mengasah gigi. Akan tetapi Awang tidak mampu membayarnya. Akibatnya, Awang telah disiksa sehingga berlakulah pergaduhan antara mereka. Demi keselamatan dirinya, Awang terpaksa keluar dari negerinya itu. Awang telah pulang ke negeri Pati Talak terengganu untuk meminta bantuan daripada bonda-bonda saudaranya. Salah seorang bonda saudaranya mencadangkan Awang agar keluar mengembara. Sebelum mengembara, Awang telah menyamarkan dirinya. Awang telah melumurkan badannya dengan getah pisang dan belacan supaya nampak hitam, comot dan berbau busuk. Awang menaiki geliung panjang (kapal) kepunyaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang singgah di Bandar Mengkalih itu. Awang cuba meminjam wang daripada Tuanku Nakhoda Tua (Raja/pemerintah Tanah Jawa) untuk membayar hutangnya dengan Datuk Batin Alam. Akan tetapi, permintaan Awang ditolak kerana rupa parasnya. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminjamkan wang kepada Awang. Untuk membalas budi dan membayar hutangnya kepada Tuan Puteri, Awang menjadi orang suruhan Tuan Puteri dengan mengikut Tuan Puteri belayar untuk pulang ke Tanah Jawa. Puteri Dayang Nuramah yang menyimpan perasaan kepada Awang (telah dibesarkan bersama-sama sejak kecil) telah mencari Awang. Awang ditemukan di atas geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Pergaduhan berlaku selama 7 hari dan 7 malam kerana berebutkan Awang. Awang telah berjaya meleraikan pergaduhan tersebut. Pelayaran Awang Sulung Merah Muda ke Tanah Jawa diteruskan dan berlakulah beberapa peristiwa yang menarik. Sila Klik Pelayaran yang Penuh Peristiwa PERKONGSIAN NOTA SAJAK HARGA REMAJA PERKONGSIAN NOTA PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) Peribahasa Berdasarkan Anggota Badan (masih dalam proses)
1. Mata - Mata duitan - Mata keranjang : - Mata pencarian : rezeki - Berat mata : mengantuk - Tercucuk mata: Tertipu kerana kebodohan 2. Hidung - Hidung tinggi - Hidung belang - Tercucuk hidung : Terbeli barang buruk dengan harga mahal. 3. Tangan - Tangan panjang - Ringan tangan - Berat tangan 4. Kaki - Kaki bangku - Kaki botol
5. Gigi - Ada gigi : mempunyai kuasa
6. Mulut - Berat mulut : pendiam - Mulut murai
7. Telinga - Telinga lintah - Telinga kuali
8. Siku - Buruk siku
9. Lidah - Lidah biawak
10. Hati - Ada hati : ingin tetapi tidak mampu - Jatuh hati : Berasa kasih kepada seseorang - Hati batu : Degil - Hati bagai pelepah, jantung bagai pisang, telinga bagai telinga kawah: Tidak tahu malu - Hati berbulu : Berasa dengki/cemburu - Hati berlian: Baik hati - Hati besar : Suka berbangga-bangga - Hati binatang: Kejam - Hati budi: Perangai - Hati hendak semua jadi - Dari hati ke hati: Berterus terang
11. Jantung - Jantung hati: Kekasih
12. Darah Darah baru setampuk pinang : Belum dewasa - Darah daging : Saudara sendiri/sebati dengan jiwa - Darah dingin: Pengecut - Darah gemuruh : Gementar - Darah muda: Kurang arif kerana muda - Darah panas: Cepat marah
13. Rambut - Rambut sama hitam, hati lain-lain - Seperti menarik rambut di dalam tepung ; rambut jangan putus, tepung jangan berserak : Apabila membuat kerja mesti berhati-hati dan adil.
14. Muka - Menconteng arang ke muka : Memberi malu - Muka tembok /Muka papan/ Muka tebal: Tidak tahu malu - Muka dua : Hipokrit - Jatuh air muka : Malu - Muka bantal : Pura-pura baik
15. Otak - Ada otak : bijak
16. Mata - Mata duitan |