Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Archive for the ‘BERITA/UMUM’ Category

Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 20-05-2009

Pada 16 Mei 2009, UBK dan Panitia BM MBSSKL telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab BM PMR 2009 di Dewan Kuliah. Penceramahnya ialah Munsyi Dewan, En. Abdul Ghalib Yunus.

Cikgu berharap calon-calon PMR 2009 ini mendapat manfaat daripada bengkel tersebut sekali gus mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM. Amin.



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 20-05-2009

Ingin tahu salasilah bahasa Melayu yang tercinta  sila klik  di sini



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 08-05-2009

Pelajar-pelajar 6 Atas Peach menarikan Tarian Zapin.

Ewah, ewah.

Kekalkan budaya warisan kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 07-05-2009


Tahniah!!!!!
Pasukan Bahas BM MBSSKL telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Zon Bangsar.
Usaha dan komitmen kalian membuahkan hasil.
Kalian membanggakan kami.

Dari kiri: Mohd. Bakri Adli, Amir Zakwan, Eric Khong, Mohd. Hafiz, Soo Kuan Lim, En. Nazar dan En. Amiruddin.

 

 Yang Berhormat sedang mendengar hujah pihak pembangkang.

 

 

 

 

Dari kiri: En. Khairul Izhar, En. Rithauddin, En. Mohd. Zikri Ihsan, E. Mohd. Yatim, En. Nazar (PPDKL), Pn. Norazlina, Pn. Mazlini, Pn. Hasmawati dan Cik Rosmawar.

Guru-guru MBSSKL dan En. Nazar (Ketua Unit Kokurikulum PPD Kuala Lumpur Bangsar/Pudu) yang telah berusaha keras untuk menjayakan Pertandingan Akhir Bahas BM Ala Parlimen peringkat Zon Bangsar 2009. Terima kasih, cikgu.

 

Speaker Dewan yang sangat dedikasi dan meletup (seriusnya).

 

 

 

 

 

 

 

Penjaga masa yang tetap setia dengan jam randiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin

Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sila Klik untuk mendengar  Lagu Tema Hari Guru 2009

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Sumber:Laman Rasmi Hari Guru Kementerian Pelajaran Malaysia



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 24-04-2009

Seminar Kecemerlangan BM telah diadakan pada 18 April 2009 di Dewan Kuliah.

Penceramah yang dijemput ialah En. Ghalib Yunus, seorang penceramah yang diibaratkan seperti pisang goreng panas.

Terima kasih kami ucapkan kepada En. Ghalib yang telah memberikan petua dan panduan yang berguna khususnya dalam bahagian penulisan kepada murid Tingkatan 5 dan guru-guru BM MBSSKL.

Harap-harap, calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini akan terus cemerlang.



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 07-04-2009

Kamus Elektronik hangat dipromosikan pada masa ini.

Antara kamus elektronik yang menjadi pilihan ialah Kamus Eleksis dan Kamus Besta.

Apakah kebaikan kamus jenis ini?

1. Kamus ini lebih ringan daripada kamus jenis buku dan saiznya yang kompak mudah dibawa ke mana-mana serta dimasukkan ke dalam beg.

2. Anda dapat mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah dan cepat.

3. Terdapat banyak pilihan kamus (ekabahasa, dwibahasa, tribahasa).

4. Ada progam tambahan seperti kalkulator saintifik.

5. Hanya menggunakan bateri. (kalau terputus bekalan elektrik, anda masih boleh menggunakannya)

Keburukan:

1. Harganya, agak mahal. (sebenarnya masih berbaloi berbanding jika kita membeli semua kamus yang diprogamkan ke dalam kamus elektronik ini.)

2. Kena jaga dengan berhati-hati. Kamus ini mudah rosak jika jatuh seperti telefon bimbit. Anda kena jaga seperti nyawa anda sendiri, kalau tak, nanti menyesal. Memanglah ada jaminan, tetapi tidak semua kerosakan ditanggung pembekal.

3. Tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

Apa-apapun, buatlah pilihan yang bijak semasa memilih kamus elektronik ini. Kalau sudah beli, jangan simpan pula. Gunalah dengan berhemat.



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 07-04-2009

Kepada ulat buku, Pesta Buku Antarabangsa ini pasti anda nanti-nantikan. Sila Klik Pesta Buku Antarabangsa @ belek-beleklah di bahagian Laman Web Pilihan untuk maklumat lanjut.

Informasi ringkas:

Tarikh: 17 – 26 April 2009
Isnin – Khamis : 10.00 pagi hingga  7.00 malam
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi to 9.00 malam
Tempat: Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Rebutlah peluang ini kerana membaca jambatan ilmu.

Kepada ibu bapa, jangan lupa ambil resit. Bolehlah anda kurangkan cukai pendapatan anda.

Daripada melepak di pusat beli-belah, lebih baik lepak di pesta buku. Ada juga faedahnya. Jika tidak membeli buku, ada juga tempiasnya ilmu itu.



Filed Under (BERITA/UMUM) by bmsia on 23-03-2009

Panitia Bahasa Melayu mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2008 kerana kejayaan anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kejayaan ini, kejayaan semua pihak.
Kami mengharapkan anda sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul walau di mana-mana anda belajar.
“BAHASA JIWA BANGSA”



SILA BACA DAN AMBIL TINDAKAN.

Pendahuluan:
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-

Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…

18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…

19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.