Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Entries Comments




Peribahasa berdasarkan anggota badan

19 November, 2009 (11:39) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Peribahasa Berdasarkan Anggota Badan (masih dalam proses)

 

1. Mata

–  Mata duitan

–  Mata keranjang :

–  Mata pencarian : rezeki

–  Berat mata : mengantuk

– Tercucuk mata: Tertipu kerana kebodohan

 2. Hidung

–  Hidung tinggi

–  Hidung belang

– Tercucuk hidung : Terbeli barang buruk dengan harga mahal.

 3.  Tangan

–  Tangan panjang

–  Ringan tangan

–  Berat tangan

 4.  Kaki

–  Kaki bangku

–  Kaki botol

 

5.  Gigi

–  Ada gigi : mempunyai kuasa

 

 6.  Mulut

–  Berat mulut : pendiam

–  Mulut murai       

 

7. Telinga

–  Telinga lintah

–  Telinga kuali

 

 8.  Siku

 –  Buruk siku

 

9.  Lidah

–  Lidah biawak 

 

10.  Hati

–  Ada hati : ingin tetapi tidak mampu

–  Jatuh hati : Berasa kasih kepada seseorang

–  Hati batu : Degil

– Hati bagai pelepah, jantung bagai pisang, telinga bagai telinga kawah: Tidak tahu malu

– Hati berbulu : Berasa dengki/cemburu

– Hati berlian: Baik hati

– Hati besar : Suka berbangga-bangga

– Hati binatang: Kejam

– Hati budi: Perangai

– Hati hendak semua jadi

– Dari hati ke hati: Berterus terang

    

 11.  Jantung

– Jantung hati: Kekasih

 

 

 

12.  Darah

Darah baru setampuk pinang : Belum dewasa

– Darah daging : Saudara sendiri/sebati dengan jiwa

– Darah dingin: Pengecut

– Darah gemuruh : Gementar

– Darah muda: Kurang arif kerana muda

– Darah panas: Cepat marah

 

 

 

13.  Rambut

– Rambut sama hitam, hati lain-lain :Pada zahirnya kita nampak serupa tetapi hati kita berbeza.

– Seperti menarik rambut di dalam tepung ; rambut jangan putus, tepung jangan berserak : Apabila membuat kerja mesti berhati-hati dan adil.

 

 

14.  Muka

– Menconteng arang ke muka : Memberi malu

– Muka tembok /Muka papan/ Muka tebal: Tidak tahu malu

– Muka dua : Hipokrit

– Jatuh air muka : Malu

– Muka bantal : Pura-pura baik

 

 

15.  Otak

–         Ada otak : bijak

 

16.  Mata

–  Mata duitan

Karangan Laporan

18 November, 2009 (09:06) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Kesalahan lazim dalam karangan

12 November, 2009 (09:03) | BERITA/UMUM, KARANGAN, SPM | By: bmsia

Naruto! Ayat Aktif _Ayat Pasif

12 November, 2009 (08:58) | BERITA/UMUM, SPM, TATABAHASA | By: bmsia

Bengkel Teknik Menjawab BM PMR 2009

20 May, 2009 (19:10) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Pada 16 Mei 2009, UBK dan Panitia BM MBSSKL telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab BM PMR 2009 di Dewan Kuliah. Penceramahnya ialah Munsyi Dewan, En. Abdul Ghalib Yunus.

Cikgu berharap calon-calon PMR 2009 ini mendapat manfaat daripada bengkel tersebut sekali gus mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM. Amin.

Asal usul dan salasilah BM

20 May, 2009 (19:01) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Ingin tahu salasilah bahasa Melayu yang tercinta  sila klik  di sini

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

8 May, 2009 (15:25) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Pelajar-pelajar 6 Atas Peach menarikan Tarian Zapin.

Ewah, ewah.

Kekalkan budaya warisan kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2009

7 May, 2009 (10:25) | BERITA/UMUM | By: bmsia


Tahniah!!!!!
Pasukan Bahas BM MBSSKL telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Zon Bangsar.
Usaha dan komitmen kalian membuahkan hasil.
Kalian membanggakan kami.

Dari kiri: Mohd. Bakri Adli, Amir Zakwan, Eric Khong, Mohd. Hafiz, Soo Kuan Lim, En. Nazar dan En. Amiruddin.

 

 Yang Berhormat sedang mendengar hujah pihak pembangkang.

 

 

 

 

Dari kiri: En. Khairul Izhar, En. Rithauddin, En. Mohd. Zikri Ihsan, E. Mohd. Yatim, En. Nazar (PPDKL), Pn. Norazlina, Pn. Mazlini, Pn. Hasmawati dan Cik Rosmawar.

Guru-guru MBSSKL dan En. Nazar (Ketua Unit Kokurikulum PPD Kuala Lumpur Bangsar/Pudu) yang telah berusaha keras untuk menjayakan Pertandingan Akhir Bahas BM Ala Parlimen peringkat Zon Bangsar 2009. Terima kasih, cikgu.

 

Speaker Dewan yang sangat dedikasi dan meletup (seriusnya).

 

 

 

 

 

 

 

Penjaga masa yang tetap setia dengan jam randiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMA HARI GURU 2009 “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

24 April, 2009 (19:01) | BERITA/UMUM | By: bmsia

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin

Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sila Klik untuk mendengar  Lagu Tema Hari Guru 2009

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Sumber:Laman Rasmi Hari Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

SEMINAR KECEMERLANGAN BM 2009

24 April, 2009 (18:00) | BERITA/UMUM | By: bmsia

Seminar Kecemerlangan BM telah diadakan pada 18 April 2009 di Dewan Kuliah.

Penceramah yang dijemput ialah En. Ghalib Yunus, seorang penceramah yang diibaratkan seperti pisang goreng panas.

Terima kasih kami ucapkan kepada En. Ghalib yang telah memberikan petua dan panduan yang berguna khususnya dalam bahagian penulisan kepada murid Tingkatan 5 dan guru-guru BM MBSSKL.

Harap-harap, calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini akan terus cemerlang.