Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Panita Ekonomi Ting 6

iSchool Weblog

Perdagangan

Posted by azlinki on November 8, 2008

PENGAJIAN PERNIAGAAN

Matlamat:

Sukatan pelajaran ini bertujuan memperkenal dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengajian perniagaan bagi membolehkan pelajar

(i) meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi

(ii) meneruskan pengajian untuk memperolah kelulusan profesional

(iii) menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan atau keusahawanan

Objektif

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

(a) memahami dan menghayati bidang pengurusan dan perniagaan serta peranan dan sumbangannnya terhadap masyarakat dan negara

(b) memahami peranan, fungsi dan tugas pengurusan dalam organisasi perniagaan

(c) memahami fungsi perniagaan yang merangkumi bidang pemasaran, pengeluaran, perkhidmatan kewangan dan pengurusan sumber manusia

(d)  memahami dan menghayati peraturan dan keperluan pengurusan perniagaan

(e) memahami peranan perniagaan dalam pasaran antarabangsa

(f) memahami dan membandingkan fungsi dan pengurusan koperasi dan organisasi bukan bermotif untung dengan organisasi perniagaan

(g) membina kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan

(h) memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial perniagaan

(i) membina kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah perniagaan, dan

(j) membina kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan berkesan