Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

AKTIVITI 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (L) METHODIST,
JALAN HANG JEBAT,
50150, KUALA LUMPUR.

Minit Mesyuarat Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Kali Pertama 2009

Tarikh: 7 Januari 2009
Masa : 2.00 petang.
Bilik : Tingkatan 3H

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
Cik Rozana binti Hashim selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru menghadiri mesyuarat. Beliau berharap semua guru dalam panitia sivik dapat bekerjasama dalam menjayakan program yang dirancang dan mengajar berdasarkan sukatan yang ditetapkan.

2. Ucapan Ketua Bidang Sains Sosial
Pn. Tay Chong Kiat mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan agar semua guru terus memberi kerjasama dan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat
Ketua Panitia membaca minit mesyuarat yang lalu dan dipersetujui oleh semua guru yang hadir.

4. Masalah pengajaran dan pemelajaran
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sering mengalami masalah pertukaran guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Oleh itu menyukarkan guru yang baru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pemelajaran di dalam kelas. Bahan pengajaran kurang. Ketua Panitia telah menyediakan buku ulangkaji dan peta minda untuk memudahkan pengajaran dalam kelas. Untuk masa akan datang panitia akan menyediakan lembaran kerja bagi memudahkan pengajaran dalam kelas.

5. Penggubalan Soalan Peperiksaan
Ketua Panitia menetapkan penggubalan Soalan Peperiksaan secara giliran. Beliau meminta penyelaras tingkatan menyiapkan jadual penggubalan dan guru yang menggubal soalan.

6. Projek Khidmat Masyarakat
Tingkatan Satu: Gotong- royong.
Tingkatan Dua: Tabung Membantu Rumah Kebajikan.
Tingkatan Tiga: Permainan Pelbagai Tradisi.
Tingkatan Empat: Perkhemahan Tahunan.

7. Carta Gantt dan Rancangan Tahunan
Carta Gantt dan Rancangan Tahunan sivik pada tahun ini akan digunakan dan disesuaikan mengikut masa dan takwim sekolah. Carta Gantt dan Rancangan Tahunan PSK bagi tingkatan lima akan dirangka kemudian.

8. KPI 2009
Ketua Panitia telah membincangkan KPI untuk PSK tahun 2009. Beliau berharap semua guru cuba dan bekerjasama bagi memastikan KPI dapat memenuhi sasaran.

9. Peruntukan Panitia
Ketua Panitia menjelaskan bahawa masih belum ada peruntukan diberikan kepada panitia. Beliau meminta kerjasama guru untuk mencadangkan alat bantu mengajar untuk panitia sivik nanti.

10. Format Persediaan Mengajar
Tajuk
Objektif
Aktiviti
Refleksi.

11. Hal-hal lain
Ketua Panitia berharap agar guru dapat memberi cadangan yang baik untuk meningkatkan pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Disediakan oleh:                                                                           Disahkan oleh

………………………                                                                        ………………………
( Pn. Eliana bt Elyas)                                                                      ( Cik Rozana bt Hashim)
Setiausana Panitia Sivik dan Kewarganegaraan                              Ketua Panitia PSK
Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist                               SMK (L) Methodist
Jalan Hang Jebat                                                                            Jalan Hang Jebat
Kuala Lumpur                                                                                Kuala Lumpur.