Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

MASYARAKAT CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat perkahwinan yang tersendiri. Namun, adat ini tidak banyak berbeza dengan adat perkahwinan kaum-kaum lain Malaysia. Berikut adalah rentetan upacara yang membawa ke majlis perkahwinan bagi pengantin-pengantin yang berbangsa Cina.

 

 

Meminang

Ramai pasangan muda pada masa ini lebih selesa untuk menentukan siapa yang bakal menjadi teman hidup mereka. Namun, masih ada juga yang meminta jasa ibu bapa atau saudara mara yang hampir atau jauh untuk mencari pasangan untuk mereka.Ketika ibu bapa bakal pengantin lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang bertanggungjawab untuk mengurangkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.

 

Membandingkan Tarikh Lahir

Setelah proses peminangan berjalan lancar dan kedua-dua pihak pengantin bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, maka proses membandigkan tarikh lahir kesua-dua bakal pengantin pereempuan dan lelaki. Jika kedua-dua bakal pengantin adalah sesuai mengikut astrologi Cina, maka langkah yang seterusnya akan dilakukan.

 

Pertunangan

Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.

 

Penyampaian Hadiah Perkahwinan

Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.

 

Pemilihan Hari Perkahwinan

Kalendar/takwim Cina akan dirujuk untuk memilih tarikh dan hari perkahwinan yang bertuah menurut kepercayaan masyarakat Cina.

 

Majlis Perkahwinan

Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti.

 

Perarakan Pengantin

Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

 

Penyambutan Pengantin Perempuan

Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.

 

Upacara Perkahwinan Sebenar

 
Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

 

Jamuan Perkahwinan

Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan  adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.