Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Definisi

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

Sejarah
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China.

Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

Tujuan Penubuhan NAM

  • Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
  • Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
  • Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
  • Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
  • Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
  • Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.