Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

UTAMA

 

KATA-KATA ALUAN

Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengajn bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran hidup.

Matapelajaran ini adalah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidkan Sivik dan Kewargenegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik.

TOPIK-TOPIK UNTUK PSK

Tema 1 : Pencapaian Kendiri

Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan

Tema 3 : Hidup Bermasyarakat

Tema 4 : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

Tema 5 : Malaysia Negara Berdaulat

Tema 6 : Cabaran Masa Depan