Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

Nota Ting. 1

NOTA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU


UNIT 1: IDENTITI DIRI

  • Identiti diri merupakan gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya.
  • Setiap individu juga mempunyai potensi diri iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi.

CARA-CARA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI

  • Mengenalpasti potensi diri.
  • Mencatatkan perkembangan diri.
  • Menghubungkan potensi diri dengan cita-cita.
  • Mengambil daya usaha untuk mencapai cita-cita.

UNIT 2: PENYELESAIAN KONFLIK

Penyelesaian Konflik

  • Berkongsi masalah dengan individu yang dipercayai.
  • Berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
  • Menjaga maruah diri.
  • Bijak memilih rakan.
  • Berkongsi minat dan pengalaman

Sikap Asertif

  • Tegas
  • Mempunyai harga diri
  • Tidak terpengaruh dengan ajakan negatif rakan.
  • Berfikir dengan matang.
  • Menjauhi tingkah laku antisosial.
  • Berupaya menimbangkan baik buruk sesuatu keputusan.

TEMA 2: KELUARGA BAHAGIA

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

  • Saling menyayangi sesama keluarga.
  • Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
  • Peka terhadap perasaan anggota keluarga.
  • Amalan gaya hidup yang sihat.
  • Perlakuan yang beradab.

CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

  • Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
  • Berkomunikasi secara sopan.
  • Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
  • Menjaga keselamatan anggota keluarga.
  • Menghargai anggota keluarga.
  • Menjaga kebersihan rumah/ persekitaran.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

BANGGA TERHADAP SEKOLAH

· Mengenali sejarah/identiti sekolah.

· Menghargai budaya sekolah.

· Menjaga keceriaan sekolah.

· Belajar bersungguh-sungguh.

· Berbakti kepada sekolah.

CONTOH-CONTOH BUDAYA SEKOLAH

a. Budaya Sekolah Berdisiplin

  • Beratur dengan tertib.
  • Ponteng sifar.
  • Kes salah laku yang minima.
  • Ketepatan waktu.

b. Budaya Sekolah dalam Taman

  • Kebersihan dan keindahan persekitaran.
  • Amalan Kitar Semula.

c. Budaya Sekolah Penyayang

  • Kempen warga sekolah penyayang.
  • Program mentor-mentee
  • Tabung penyayang.
  • Bantuan Kebajikan.
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

d.Budaya Sekolah Cemerlang Kokurikulum

  • Cemerlang dalam aktiviti sukan.
  • Aktif dalam aktiviti, kelab, persatuan dan unit uniform.
  • Mengambil bahagian dalam program komuniti.

PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH

  • Penglibatan diri dalam aktiviti sekolah.
  • Sahsiah dan sikap yang positif.
  • Mematuhi peraturan sekolah.
  • Memberi sokongan moral.
  • Mengharumkan nama sekolah.
  • Menghormati warga sekolah.

CIRI-CIRI/SIKAP MURID YANG POSITIF

  • Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
  • Sentiasa berdisiplin.
  • Menghormati pendapat komuniti sekolah.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat.

KEBAIKAN SAHSIAH DAN SIKAP POSITIF MURID KEPADA SEKOLAH

  • Sekolah menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk belajar.
  • Sekolah menjadi tempat kecemerlangan murid.
  • Sekolah mendapat sokongan daripada ibubapa dan komuniti di sekitar sekolah.
  • Peningkatan budaya ilmu.
  • Budaya penyayang dapat dipupuk.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

CIRI-CIRI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM.

  • Disampaikan oleh tukang cerita atau penglipurlara.
  • Berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
  • Mengandungi teladan dan nasihat yang berguna.
  • Disampaikan dari mulut ke mulut.

JENIS-JENIS CERITA RAKYAT

  • Cerita hikayat.
  • Cerita asal usul.
  • Cerita jenaka.
  • Cerita binatang.
  • Cerita kepahlawanan.
  • Cerita lipur lara.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI.

  • Proses pilihan raya.
  • Hak-hak asasi individu terjamin.
  • Persamaan dan keadilan.
  • Kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
  • Membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara.
  • Warganegara yang patriotik.
  • Ketelusan dalam membuat keputusan.

CIRI-CIRI NEGARA DEMOKRASI

RAJA BERPERLEMBAGAAN

  • Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang.

PILIHAN RAYA

  • Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih.

BADAN PERUNDANGAN

  • Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang di peringkat Persekutuan.

PARTI-PARTI POLITIK

  • Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak kea rah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil.

BADAN PELAKSANA

  • Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif.

BADAN KEHAKIMAN

  • Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman.

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

CABARAN MENGEKALKAN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Perpaduan kaum.
  • Kelestarian alam sekitar.
  • Kesedaran Sivik.
  • Empati terhadap golongan kurang berupaya.

KESEDARAN SIVIK

  • Memelihara kepentingan semua pihak.
  • Menjaga kemudahan awam.
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang.
  • Memulihara dan mengekalkan alam sekitar
  • Pembangunan infrastruktur.

MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020

  • Masyarakat ICT
  • Memelihara kelestarian alam sekitar.
  • Sistem pengangkutan yang canggih.