Methodist Boys’ Secondary School Kuala Lumpur

October 12, 2009

RIMUP

Filed under: — gansp@mbsskl.edu.my @ 3:04 pm

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di perkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja. Elemen perpaduan dan integrasi turut diserapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus utama dalam Teras Satu, ‘Membina Negara Bangsa’.

Dasar KPM untuk RIMUP:

  • Hubungan rapat terjalin antara murid
  • Wujud persefahaman dan perpaduan
  • Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

Kaedah menjalankan RIMUP:

  • Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara SEDAR dan TERANCANG.
  • Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat (dengan penglibatan masyarakat dan warga sekolah).

 Kegiatan Khas (6 Kumpulan Pendekatan) yang diamalkan di MBSSKL untuk mencapai matlamat RIMUP adalah seperti berikut:

  • Aktiviti Kecemerlangan Akademik
  • Aktiviti Kesukanan dan Permainan
  • Aktiviti Kokurikulum
  • Aktiviti Khidmat Masyarakat
  • Aktiviti Meningkatkan Patriotisme
  • Aktiviti Virtual Melalui e-Integrasi

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.